WEDNESDAY,
JULY 31, 2013
Mohamed Hanipa Maidin, 31 Jul 2013
Ramai sudah mengetahui banyak petisyen pilihanraya yang difailkan
khususnya oleh PAS dan PKR telah ditolak oleh Mahkamah di peringkat bantahan
awal lagi. Setakat artikel ini ditulis 5 petisyen yang difailkan oleh PAS di
Kelantan telah ditolak. Begitu juga 2 petisyen PKR di Kelantan juga ditolak.
Petisyen PAS bagi Parlimen Titiwangsa juga ditolak. Begitu juga Petisyen
Parlimen Setiawangsa yang difailkan PKR juga ditolak. Petisyen Dun Mahkota di
Johor juga ditolak meskipun wujudnya banyak Borang 14 yang mengandungi maklumat
tidak betul yang dilakukan oleh SPR dan menjejaskan keputusan pilihanraya.
Untuk berlaku adil terdapat juga beberapa petisyen yang Umno
failkan juga dtolak. Hampir semua petisyen yang ditolak , Mahkamah mengenakan
kos yang agak tinggi. Ini menimbulkan spekulasi yang tidak sihat iaitu adakah
Mahkamah ingin memberi satu mesej kepada mereka yang ingin memfailkan petisyen
pilihanraya pada masa akan datang supaya berjaga-jaga kerana anda mungkin akan
dikenakan kos yang tinggi jika kalah. Selain itu ia juga mengundang satu mesej
bahawa mana mana petisyen yang telah difailkan tapi belum didengar lagi setakat
ini adalah lebih baik ditarik balik petisyen tersebut.
Semasa pendengaran petisyen PAS bagi Parlimen Kuala Selangor,
peguam Umno Dato Hafarizam meminta Mahkamah mengenakan kos yang tinggi iaitu
lebih dari RM30 ribu kerana beliau mahu membankrapkan Pempetisyen. Kata beliau
seseorang hanya boleh dibankrapkan jika hutang lebih RM30 ribu.
Ketika tiba giliran saya berhujah saya katakan kami failkan
petisyen bukan untuk membankrapkan sesiapa. Sebaliknya kami failkan petisyen
kerana ini sahaja saluran undang-undang yang kami ada untuk meminta Mahkamah
membetulkan kepincangan dan salah urus pilihanraya yang dilakukan olen SPR .
Petisyen difailkan, saya kata, bagi memastikan kesucian (sanctity) dan
kebersihan (purity) sistem pilihanraya sentiasa dipelihara. Saya katakan
biarlah mana mana calon yang menang sesuatu pilihanraya hasil dari satu
pertandingan yang sihat dan adil dan bukan secara menipu dan melanggar
undang-undang.
Saya pernah menulis di ruangan ini bahawa hakikatnya Mahkamah
Piliharaya bukan forum yang boleh diharap membetulkan kepincangan sistem
pilihanraya negara ini. Keyakinan saya itu hasil dari pengalaman mengendalikan
banyak kes petisyen pilihanraya dalam tempoh masa hampir 15 tahun. Melihat
kepada beberapa keputusan Mahkamah Pilihanraya pada kali ini saya makin hampir
ingin menyatakan tidak perlu lagi Pakatan bersusah payah mengguna saloran
Mahkamah untuk mengadu hal kepincangan pilihanraya. Buang masa , tenaga dan
wang ringgit.
Tapi itulah yang Umno inginkan! Dan itulah dilema yang Pakatan
hadapi. Guna saloran undang undang, Mahkamah meletakkan pelbagai halangan
teknikal untuk menyusahkan perbicaraan petisyen. Guna saloran di luar Mahkamah
seperti berdemo menentang kepincangan sistem pilihanraya dkatakan tidak
menghormati keputusan pilihanraya meskipun keputusan tipu dan mungkin akan
didakwa pula di bawah Akta Perhimpunan Aman .
Adakah Mahkamah patut disalahkan dalam hal ini? Malangnya
jawapannya ya kerana kali ini saya melihat Mahkamah terlalu mengutamakan bentuk
( form ) dari isi ( substance ). Mahkamah atau para hakim ( yang setengahnya
nampak sangat tidak ada pengalaman ) nampaknya begitu mudah berselindung atas
alasan undang undang pilihanraya mesti ditafsir dengan ketat ( strict
interpretation ) bagi membatalkan sesuatu petisyen. Maka kita dapat melihat
Mahkamah mudah sangat menerima bantahan bantahan remeh untuk membatalkan
sesuatu petisyen.
Sebagai contoh ada hakim pilihanraya kali ini yang menolak
petisyen hanya kerana beliau menerima tafsiran ganjil peguam Umno yang
menyatakan petisyen mestilah diserahkan oleh pihak Pempetisyen sendiri. Yang
lebih malang hakim tersebut , atas alasan yang beliau sahaja tahu, menerima bantahan
Umno itu tanpa para peguam yang hadir di hadapan beliau diberi peluang untuk
berhujah secara lisan. Keputusan hakim itu mendorong saya menyatakan kepada
Hakim itu "saya rasa adalah tidak wajar yang Arif membuat keputusan tanpa
memberi kami para peguam peluang berhujah secara lisan. Lagipun Yang Arif,
dengan penuh hormat, tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kes petisyen..apa
salahnya bagi kami peluang berhujah secara lisan untuk bantu Yang Arif membuat
keputusan yang betul.".
Saya akui kenyataaan saya pada hakim itu agak tegas.Namun saya
tidak ada pilihan . Beliau bukan sahaja tidak menunaikan permintaan saya
malahan Hakim itu berkata " saya sudah buat keputusan, keputusan saya
final dan jika kamu tidak puas hati kamu boleh merayu.". Apabila beliau
kata begitu saya tahulah nasib malang petisyen Pas. Betul jangkaan saya, semua
bantahan awal kami ke atas petisyen Umno ditolak dan semua bantahan awal peguam
Umno atas petisyen Pas pula diterima .
Ada peguam perlembagaan menyatakan Perlembagaan akan mati jika
Perlembagaan ditafsir seperti menafsir wasiat. Saya pula ingin menyatakan
demokrasi yang mati di negara ini tidak akan hidup balik jika Mahkamah
Pilihanraya terus menerus menafsirkan undang undang pilihanraya macam tafsir
surat pajak gadai !!!
Bayangkan jika ada Mahkamah yang boleh menafsir seksyen 34 Akta
Kesalahan Pilihanraya bahawa petisyen pilihanraya tidak boleh difailkan melalui
firma peguam atas alasan seksyen 34 menggunakan perkataan pempetisyen , maka
hanya pempetisyen yang kena failkan petisyen dia di Mahkamah. Malangnya
tafsiran begini pun hakim boleh terima.
Adakah masuk akal mereka yang tidak tahu selok belok undang undang
dan proses Mahkamah disuruh pergi Mahkamah untuk memfailkan petisyen. Bagitu
juga masuk akal kah petisyen hanya boleh diserahkan oleh pempetisyen sendiri
dan bukan melalui orang lain. Jika kita ikut tafsiran mengarut itu sudah tentu
jika Karpal Singh memfailkan petisyen beliau sendiri perlu menyerahkan petisyen
secara berkerusi roda. Bagaimana pula jika pempetisyen itu seorang yang buta
matanya ?
Yang terbaru Hakim menerima bulat bulat tafsiran peguam negara
bahawa maksud ketidakpatuhan undang-undang bertulis berkaitan penjalanan
pilihanraya ( non compliance of written law relating to conduct of election )
di dalam seksyen 32 ( b ) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 adalah terhad kepada
ketidakpatuhan dua undang undang sahaja iaitu Peraturan Pilihanraya (
Penjalanan Pilihanraya ) 1981 dan Peraturan Pilihanraya ( Pengundian Pos ).
Dengan tafsiran sempit ini jika sekalipun ada ketidakpatuhan mana
mana peruntukkan lain dalam mana mana undang undang pilihanraya selain dua
peraturan itu maka ia tidak boleh dijadikan alasan untuk memfailkan petisyen.
Atas tafsiran sempit itulah walaupun petisyen yang Pas failkan berhubung Borang
14 yang disediakan oleh Ketua Tempat Mengundi ( KTM ) adalah palsu kerana
terlalu banyak kesilapan dan bercanggah dengan seksyen 4 ( a ) Akta Kesalahan
Pilihanraya 1954 Mahkamah meskipun setuju ia bercanggah dengan seksyen 4 ( a )
tersebut tetap menolak petisyen Pas. Alasannya ketidakpatuhan Akta Kesalahan
Pilihanraya tidak boleh dijadikan alasan di bawah seksyen 32b .
Mahkamah mungkin tidak sedar atau pura pura tidak sedar akibat
tafsiran sempit itu maka selepas ini SPR tidak lagi perlu bimbang jika mana
mana pegawainya membuat apa apa kesalahan atau kesilapan di bawah mana mana
undang undang selain dari dua Peraturan yang saya sebut itu. Ini tafsiran yang
memberi lesen kepada penyelewengan dan salah guna kuasa !
Hakikatnya undang undang
pilihanraya digubal dengan memberi manfaaat yang tidak sewajarnya kepada parti
yang memerintah. Mahkamah pula membantu mengekalkan status quo itu. Jika pun
ada Hakim yang berani seperti Hakim Dato Kamil Awang dalam pilihanraya Likas
membatalkan keputusan pilihanraya tersebut kerana wujudnya daftar pemilih yang
diragui dan tidak bersih , keputusan tersebut bukan digunakan untuk
membersihkan daftar pemilih . Sebaliknya keputusan itu digunakan sebagai
justfikasi untuk pintu Mahkamah ditutup rapat dari mempersoalkan kebersihan
daftar pemilih dengan diperkenalkan seksyen hantu iaitu seksyen 9A Akta
Kesalaha Pilihanraya 1954 ( pindaan 2002 ).
klik di sini dan like..tq
klik di sini dan like..tq
No comments:
Post a Comment