Sunday 22 December 2013

BISMILAHHIRAHMANIRRAHIM



Video baharu ini adalah satu video yang sangat mencuit hati sesiapa pun yang melihatnya. Ada yang mengatakan telah seramai 37 orang telah masuk Islam setelah melihat video ini. Walaubagaimanapun itu bukanlah satu target bagi video ini, yang penting dakwah dari video ini membuka hati dan minda semua orang.
Islam adalah pembawa rahmat dari asal kehidupan manusia yang jahil sehinggalah kedatangan Nabi Muhammad S.A.W datang untuk menyelamatkan manusia dari terus ditengelami arus kemaksiatan dan kejahilan yang ketara. Bayangkan sebelum Nabi datang bayi perempuan ditanam hidup-hidup, miskin dan kaya dibezakan tersangat jauh hingga berlaku sistem kasta yang mana orang miskin terus ditindas dan dihina apatah lagi untuk diberi bantuan. Hamba abdi juga terus berlaku pada masa jahilliah yang mana hamba boleh dibuat sesuka hati tuannya tanpa ada belas kasihan.
Semoga video dibawah memberi pencerahan hati kepada kita semua :
Sebenarnya Islam adalah satu pencerahan dan satu sinar kebenaran sehingga zaman jahilliah terkubur lalu kedatangan Islam telah memajukan pendidikan sains, astronomi perubatan,pelayaran, matematik dan teknologi lain yang terus sehingga kini kita dapat merasai ilmu yang dibawakan ini sehingga terlahirlah pakar-pakar ilmuan yang genius seperti Al-Biruni, Al-Jahiz, Al-Kindi, Abu Bakr Muhammad Al-Razi, Ibnu Sina, Al-Idrisi, Ibnu Bajjah, Ibnu Zuhr, Ibnu Tufayl, Ibnu Rushd, Al-Suyuti, Abu Musa Jabir bin Hayyan, Al-Khawarizmi, Banu Musa, Abbas Ibn Firnas, Al-Farabi, Al-Masudi, Al-Muqaddasi, Ibnu Al-Haytham, Al-hazen, Omar Khayyam, Al-Ghazali, Al-Khazini, Al-Jazari, Al-Nafis, Al-Tusi, Ibn al-Shatir, Ibnu Khaldun dan Taqi Al-Din. 
Alhamdulillah…

APA SUDAH JADI DENGAN CERAMAH AGAMA ULAMA MUDA UMNO USTAZ FATHUL BARI???? ... LANGSUNG TIADA ORANG YANG HADIR!!!!




Baru sebentar tadi Ketua Dewan Ulama Muda UMNO Sedunia merangkap Ahli Exco paling kanan Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari telah mengadakan suatu ceramah agama di Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas, Pulau Pinang atas anjuran ahli parlimen Kepala batas Reezal Naina Merican.

Bukan tujuan dan niat nak mengata atau menghina tetapi biar saja gambar berbicara.

Difahamkan tidak sampai 25 orang hadir untuk mendengar ceramahnya... Apa sudah jadi ni!!!!!.

Mungkin bertepatan sekali apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika menamakan barisan Pengerusi yang mengepalai Biro-biro Pemuda UMNO Malaysia langsung tidak melantik Ustaz Dr Fathul Bari sebagai Pengerusi Biro Agama sebaliknya beliau di lantik sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO.

Rasa-rasanya ceramah Ustaz Kazim Elias jauh lebih besar dan hebat mendapat sambutan malahan ceramah Dr Mashitah Ibrahim lagi ramai pada ini.

KJ mungkin sudah dapat menghidu bahawa ceramah agama yang disampaikan oleh beliau tidak akan mendapat sambutan punya ... bukan hambar lagi malahan pudar lesu longlai terus!!!!!sumber omak kau

Wednesday 31 July 2013

Petisyen Pilihanraya - Apa yang boleh diharapkan

WEDNESDAY, JULY 31, 2013
Petisyen Pilihanraya - Apa yang boleh diharap kepada Mahkamah Pilihanraya..!!!


Mohamed Hanipa Maidin, 31 Jul 2013

Ramai sudah mengetahui banyak petisyen pilihanraya yang difailkan khususnya oleh PAS dan PKR telah ditolak oleh Mahkamah di peringkat bantahan awal lagi. Setakat artikel ini ditulis 5 petisyen yang difailkan oleh PAS di Kelantan telah ditolak. Begitu juga 2 petisyen PKR di Kelantan juga ditolak. Petisyen PAS bagi Parlimen Titiwangsa juga ditolak. Begitu juga Petisyen Parlimen Setiawangsa yang difailkan PKR juga ditolak. Petisyen Dun Mahkota di Johor juga ditolak meskipun wujudnya banyak Borang 14 yang mengandungi maklumat tidak betul yang dilakukan oleh SPR dan menjejaskan keputusan pilihanraya.

Untuk berlaku adil terdapat juga beberapa petisyen yang Umno failkan juga dtolak. Hampir semua petisyen yang ditolak , Mahkamah mengenakan kos yang agak tinggi. Ini menimbulkan spekulasi yang tidak sihat iaitu adakah Mahkamah ingin memberi satu mesej kepada mereka yang ingin memfailkan petisyen pilihanraya pada masa akan datang supaya berjaga-jaga kerana anda mungkin akan dikenakan kos yang tinggi jika kalah. Selain itu ia juga mengundang satu mesej bahawa mana mana petisyen yang telah difailkan tapi belum didengar lagi setakat ini adalah lebih baik ditarik balik petisyen tersebut.

Semasa pendengaran petisyen PAS bagi Parlimen Kuala Selangor, peguam Umno Dato Hafarizam meminta Mahkamah mengenakan kos yang tinggi iaitu lebih dari RM30 ribu kerana beliau mahu membankrapkan Pempetisyen. Kata beliau seseorang hanya boleh dibankrapkan jika hutang lebih RM30 ribu.

Ketika tiba giliran saya berhujah saya katakan kami failkan petisyen bukan untuk membankrapkan sesiapa. Sebaliknya kami failkan petisyen kerana ini sahaja saluran undang-undang yang kami ada untuk meminta Mahkamah membetulkan kepincangan dan salah urus pilihanraya yang dilakukan olen SPR . Petisyen difailkan, saya kata, bagi memastikan kesucian (sanctity) dan kebersihan (purity) sistem pilihanraya sentiasa dipelihara. Saya katakan biarlah mana mana calon yang menang sesuatu pilihanraya hasil dari satu pertandingan yang sihat dan adil dan bukan secara menipu dan melanggar undang-undang.

Saya pernah menulis di ruangan ini bahawa hakikatnya Mahkamah Piliharaya bukan forum yang boleh diharap membetulkan kepincangan sistem pilihanraya negara ini. Keyakinan saya itu hasil dari pengalaman mengendalikan banyak kes petisyen pilihanraya dalam tempoh masa hampir 15 tahun. Melihat kepada beberapa keputusan Mahkamah Pilihanraya pada kali ini saya makin hampir ingin menyatakan tidak perlu lagi Pakatan bersusah payah mengguna saloran Mahkamah untuk mengadu hal kepincangan pilihanraya. Buang masa , tenaga dan wang ringgit.

Tapi itulah yang Umno inginkan! Dan itulah dilema yang Pakatan hadapi. Guna saloran undang undang, Mahkamah meletakkan pelbagai halangan teknikal untuk menyusahkan perbicaraan petisyen. Guna saloran di luar Mahkamah seperti berdemo menentang kepincangan sistem pilihanraya dkatakan tidak menghormati keputusan pilihanraya meskipun keputusan tipu dan mungkin akan didakwa pula di bawah Akta Perhimpunan Aman .

Adakah Mahkamah patut disalahkan dalam hal ini? Malangnya jawapannya ya kerana kali ini saya melihat Mahkamah terlalu mengutamakan bentuk ( form ) dari isi ( substance ). Mahkamah atau para hakim ( yang setengahnya nampak sangat tidak ada pengalaman ) nampaknya begitu mudah berselindung atas alasan undang undang pilihanraya mesti ditafsir dengan ketat ( strict interpretation ) bagi membatalkan sesuatu petisyen. Maka kita dapat melihat Mahkamah mudah sangat menerima bantahan bantahan remeh untuk membatalkan sesuatu petisyen.

Sebagai contoh ada hakim pilihanraya kali ini yang menolak petisyen hanya kerana beliau menerima tafsiran ganjil peguam Umno yang menyatakan petisyen mestilah diserahkan oleh pihak Pempetisyen sendiri. Yang lebih malang hakim tersebut , atas alasan yang beliau sahaja tahu, menerima bantahan Umno itu tanpa para peguam yang hadir di hadapan beliau diberi peluang untuk berhujah secara lisan. Keputusan hakim itu mendorong saya menyatakan kepada Hakim itu "saya rasa adalah tidak wajar yang Arif membuat keputusan tanpa memberi kami para peguam peluang berhujah secara lisan. Lagipun Yang Arif, dengan penuh hormat, tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kes petisyen..apa salahnya bagi kami peluang berhujah secara lisan untuk bantu Yang Arif membuat keputusan yang betul.".

Saya akui kenyataaan saya pada hakim itu agak tegas.Namun saya tidak ada pilihan . Beliau bukan sahaja tidak menunaikan permintaan saya malahan Hakim itu berkata " saya sudah buat keputusan, keputusan saya final dan jika kamu tidak puas hati kamu boleh merayu.". Apabila beliau kata begitu saya tahulah nasib malang petisyen Pas. Betul jangkaan saya, semua bantahan awal kami ke atas petisyen Umno ditolak dan semua bantahan awal peguam Umno atas petisyen Pas pula diterima .

Ada peguam perlembagaan menyatakan Perlembagaan akan mati jika Perlembagaan ditafsir seperti menafsir wasiat. Saya pula ingin menyatakan demokrasi yang mati di negara ini tidak akan hidup balik jika Mahkamah Pilihanraya terus menerus menafsirkan undang undang pilihanraya macam tafsir surat pajak gadai !!!

Bayangkan jika ada Mahkamah yang boleh menafsir seksyen 34 Akta Kesalahan Pilihanraya bahawa petisyen pilihanraya tidak boleh difailkan melalui firma peguam atas alasan seksyen 34 menggunakan perkataan pempetisyen , maka hanya pempetisyen yang kena failkan petisyen dia di Mahkamah. Malangnya tafsiran begini pun hakim boleh terima.

Adakah masuk akal mereka yang tidak tahu selok belok undang undang dan proses Mahkamah disuruh pergi Mahkamah untuk memfailkan petisyen. Bagitu juga masuk akal kah petisyen hanya boleh diserahkan oleh pempetisyen sendiri dan bukan melalui orang lain. Jika kita ikut tafsiran mengarut itu sudah tentu jika Karpal Singh memfailkan petisyen beliau sendiri perlu menyerahkan petisyen secara berkerusi roda. Bagaimana pula jika pempetisyen itu seorang yang buta matanya ?

Yang terbaru Hakim menerima bulat bulat tafsiran peguam negara bahawa maksud ketidakpatuhan undang-undang bertulis berkaitan penjalanan pilihanraya ( non compliance of written law relating to conduct of election ) di dalam seksyen 32 ( b ) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 adalah terhad kepada ketidakpatuhan dua undang undang sahaja iaitu Peraturan Pilihanraya ( Penjalanan Pilihanraya ) 1981 dan Peraturan Pilihanraya ( Pengundian Pos ).

Dengan tafsiran sempit ini jika sekalipun ada ketidakpatuhan mana mana peruntukkan lain dalam mana mana undang undang pilihanraya selain dua peraturan itu maka ia tidak boleh dijadikan alasan untuk memfailkan petisyen. Atas tafsiran sempit itulah walaupun petisyen yang Pas failkan berhubung Borang 14 yang disediakan oleh Ketua Tempat Mengundi ( KTM ) adalah palsu kerana terlalu banyak kesilapan dan bercanggah dengan seksyen 4 ( a ) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 Mahkamah meskipun setuju ia bercanggah dengan seksyen 4 ( a ) tersebut tetap menolak petisyen Pas. Alasannya ketidakpatuhan Akta Kesalahan Pilihanraya tidak boleh dijadikan alasan di bawah seksyen 32b .

Mahkamah mungkin tidak sedar atau pura pura tidak sedar akibat tafsiran sempit itu maka selepas ini SPR tidak lagi perlu bimbang jika mana mana pegawainya membuat apa apa kesalahan atau kesilapan di bawah mana mana undang undang selain dari dua Peraturan yang saya sebut itu. Ini tafsiran yang memberi lesen kepada penyelewengan dan salah guna kuasa !


Hakikatnya undang undang pilihanraya digubal dengan memberi manfaaat yang tidak sewajarnya kepada parti yang memerintah. Mahkamah pula membantu mengekalkan status quo itu. Jika pun ada Hakim yang berani seperti Hakim Dato Kamil Awang dalam pilihanraya Likas membatalkan keputusan pilihanraya tersebut kerana wujudnya daftar pemilih yang diragui dan tidak bersih , keputusan tersebut bukan digunakan untuk membersihkan daftar pemilih . Sebaliknya keputusan itu digunakan sebagai justfikasi untuk pintu Mahkamah ditutup rapat dari mempersoalkan kebersihan daftar pemilih dengan diperkenalkan seksyen hantu iaitu seksyen 9A Akta Kesalaha Pilihanraya 1954 ( pindaan 2002 ).

klik di sini dan like..tq


Monday 29 July 2013

Pemimpin-bersin-pun-ahli-umno-tepuk-tangan


PUTRAJAYA- “Kalau pemimpin bersin pun ahli Umno tepuk tangan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet Sabtu lalu di pejabatnya.
“Mereka akan sokong tanpa bersoal jawap lagi apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin Umno walaupun yang dilakukan itu merosak kan parti,” tambahnya.
Bagi beliau, ahli Umno sudah tidak berkualiti lagi,apa tidaknya jika ramai orang yang berpendidikan tinggi dan berpelajaran dihalang masuk ke dalam Umno.
“Jika ketua bahagian itu guru besar misalnya dia akan cuba halang orang yang kedudukan taraf dan pangkat yang lebih tinggi dari masuk menjadi ahli kedalam bahagiannya, jika orang itu guru biasa baru lah diluluskan, begitu seterusnya cik gu pula enggan orang yang lebih berpendidikan dari nya untuk masuk, lama-lama yang ada orang yang tiada kualiti dan pendidikan, nak cari calon jadi menteri pun tak ada kerana yang sedia ada semuanya tidak berkelayakan.
“Orang-orang yang dihalang masuk ini akan kemudiannya masuk ke dalam parti lawan dan bersaing dengan pemimpin Umno ini, itu sebabnya retired general, pensyarah semua masuk ke dalam parti lawan,” ujarnya.
“Dulu waktu saya jadi Presiden, MT Umno berdebat sampai pukul 4 pagi, isu Musa Hitam didebatkan malah mereka berhujah sehingga saya akur dan keputusan yang berpihak kepada Musa Hitam dengan kehendak majlis mahu menghantar wakil memujuk Musa," katanya.
Bagi beliau, kerosakan Umno bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin Umno, dan kemudian Datuk Seri Najib gagal memperbetulkannya menjadikan keadaan bertambah buruk.
“Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang Cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk Cina, ini sudah pun berlaku sekarang.
“Lihat sahaja isu EC (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu jugalah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan," katanya.
“DS Najib nak jadi 'BRAND' dan juga slogan '1Malaysia' kerana dia fikir nama Umno sudah tidak bagus lagi,” dakwa Mahathir.
Bagi beliau, 1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul, ia bermaksud lain pada pihak lain.
Pada orang Cina ia bermaksud semua sudah sama Melayu dan Cina, pada orang Melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah Cina dan sebagainya.
“Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya merekalah yang didengar oleh pemimpin,” getus Mahathir.
“Pemuda Umno sekarang tidak semacam dulu,” ujar Tun Mahathir.
Ini amat ketara kerana Pemuda Umno ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang Melayu.
“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam,” katanya lagi.
“Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya,” jelas Tun Mahathir. “Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan Melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantaranya mencadangkan DS Najib di langgar (dalam pemilihan parti),” tambahnya.
Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengannya merasakan Melayu tersisih kerana DS Najib terlalu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokongnya terutamanya orang Cina.
Malah mereka ini sangat di layan dengan istimewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokongnya.
Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan Melayu untuk dilayan, tambahnya.
Tentu sekali pemimpin Umno bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.
Tun Mahathir juga turut menyatakan bahawa apa yang kita ada harus berkongsi bersama mereka, tapi apa yang puak itu ada tidak pernah dikongsi bersama orang Melayu.
Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan Melayu, sedang itu sahaja yang Melayu ada.
“Adakah sebarang kontrak orang Cina akan serah kepada Melayu?" tanya Tun Mahathir.
“Orang Melayu yang dapat tender dan kontrak akhirnya akan sub kepada bukan Melayu juga tapi malangnya apa yang dapat kepada orang Cina tidak pernah dapat kepada orang Melayu," katanya.
Tun juga memberi contoh antara institusi milik bukan orang Melayu dan apa yang dibuka oleh orang Melayu untuk bukan Melayu sebagai contoh.
“Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepadanya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh keduanya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada Umno dan DS Najib,” kata Tun lagi.
“BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apabila tidak lagi dapat memberinya,” kata Tun lagi.
“Saya Ultra Malay tapi orang Cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada caranya untuk memikat hati mereka. Pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulurkan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi,” kata Tun.
“Himpunan besar besaran tidak menentukan sokongan orang Cina," ujarnya.
Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan Melayu, jika mereka kata saya rasis, Ya saya akan kata saya rasis”.
Dalam sesi dialog ini nama-nama tertentu dengan kedudukan tertentu juga disebut oleh Tun, tetapi kerana bertaraf “sulit” dan terlalu sensitif, maka tidak perlu di perjelaskan di sini.
KelabCheDet juga telah diberitahu oleh Tun tentang hal-hal keselamatan negara dan kedudukan politik individu Umno serta pendapatnya berkenaan tokoh-tokoh tertentu.
Pertemuan di akhiri dengan pesanan dan arahan tertentu yang mana pastinya NGO seperti KCD akan berusaha keras untuk merealisasikannya demi kepentingan Alif Ba Ta.

-Harakahdaily

apa hal pulak...?

Yang nak sekat internate apa hal pulak...?

Jangan salahkan internet, kata Pas 

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ma

SHAH ALAM - "Internet bukanlah punca kekeliruan dalam masyarakat".

Demikian kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, cadangan untuk menyekat akses internet yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak dapat menyelesaikan masalah kekeliruan rakyat.

Tambahnya, kegagalan kerajaan bertindak adil adalah punca rakyat menjadi keliru.

"Apabila rakyat tidak dapat merasai kerajaan berlaku adil kepada semua, maka akan timbul pelbagai persepsi dan tanggapan sehingga wujudnya tohmahan kepada kerajaan di internet," katanya.


Sebelum ini, Ahmad Shabery sebagai berkata, kerajaan akan mengkaji semula kemudahan dan akses internet di Malaysia bagi mengelak sebarang kekeliruan yang timbul akibat penggunaan internet.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa sikap kerajaan yang melakukan "dwi-standard" dalam banyak perkara termasuk kaum, agama dan berkaitan dengan parti politik menyebabkan rakyat menjadi keliru.

"Rakyat menjadi keliru adalah akibat sikap dwi standard kerajaan dan agensi penguatkuasa yang semakin ketara.

"Contohnya, apabila agensi kerajaan bertindak secara cepat apabila melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat tapi sebaliknya lambat apabila berdepan dengan pemimpin BN.

"Begitu dalam soal sensitiviti antara kaum, kerajaan dilihat cepat apabila bertindak pada pihak yang mencemuh Melayu dan Islam tapi tidak pada pihak yang mencemuh agama-agama yang lain," ulasnya.


KKLIK DI SINI DAN LIKE..TQ

Sunday 28 July 2013

MANA PAS DALAM ISU INI?

Thursday 25 July 2013

jom baca





Ada beberapa tanda datangnya malam mulia dan penuh berkah itu, sebagaimana yang di kemukakan Rasulullah SAW, diantaranya.

1. Udara dan suasana pagi yang tenang. Ibnu Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda : "Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah."

2. Esok harinya cahaya matahari agak meredup, bersinar cerah tapi tidak kuat. Ubay bin Ka'ab radliyallahu'anhu berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar seperti nampan."

3. Bulan nampak separuh bulatan. Abu Hurairoh ra pernah berkata bahwa mereka pernah berdiskusi tentang lailatul qadar disamping Rasulullah SAW lalu beliau bersabda; "Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan."

4. Sewaktu malam tampak terang, tidak dingin, tidak berawan, tidak hujan, tidak panas, tidak ada angin kencang, dan tidak ada aktivitas meteor yang jatuh digalaksi. Rasulullah SAW bersabda: "Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)" (HR. at-Thobroni dalam al-Mu'jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan), sebagaimana hadits dari Watsilah bin al-Asqo'.

5. Terbawa kedalam mimpi. Beberapa sahabat Rasulullah SAW mengalami mimpi berjumpa dengan malam lailatul qadar.

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lezatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah, tidak seperti malam-malam lainnya.

Silakan Like dan share<terima kasih<<<<<<<<<https://www.facebook.com/pages/RE4FM/443099562453967