UMNO AKAN BELA PENGETUA SEKOLAH PRISTINA:MANA PAS DALAM ISU INI?
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
berkata, beliau akan membela pengetua Sekolah Kebangsaan Seri Pristana
sekiranya beliau didapati tidak bersalah dalam isu pelajar sekolah
tersebut yang didakwa makan di dalam bilik persalinan.
Menurutnya, pengetua tersebut telah melakukan tindakannya sebaik
mungkin.
"Kita akan bela (pengetua) kalau didapati tak bersalah.
Kita pasti akan bela dia. Dan daripada apa laporan yang kita terima, kita dapat
mengenalpasti bahawa apa yang dia (pengetua) lakukan adalah sebaik mungkin.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas memberi
sumbangan kepada 200 orang fakir miskin, anak-anak yatim dan ibu tunggal
anjuran Umno Kepong di ibu negara hari ini.
Dalam laman facebook yang dibuat bagi menyokong tindakan
pengetua sekolah Mohamad Nasir Mohd Nor (kiri), terdapat dakwaan yang
mengatakan bahawa Mohamad Nasir "kecewa" kerana tiada pimpinan Umno
yang tampil membelanya.
No comments:
Post a Comment