Dalam pilihan raya 2008 PAS berkasih dengan DAP dan PKR. Setelah berkongsi hidup tanpa nikah dalam tahun 2008 itu di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan maka PAS diijab kabulkan dengan DAP dan PKR dalam perkongsian hidup Pakatan Rakyat.
Dalam tahun 2011 umno mungkin gila talak mahu rujuk semula dengan PAS. Disuruhnya PAS bercerai dengan DAP dan PKR. Lepas itu kahwin semula dengan UMNO.
Kalau cerai dulu talak satu dan dua, mereka boleh rujuk apa ada persetujuan. Kalau cerai talak tiga, PAS kena berlaki lain dulu sebelum boleh nikah semula dengan UMNO. Syarat kawin semula itu sudah ada kerana PAS sudah berlaki lain.
Jika ia cerai dengan DAP dan PKR, setelah cukup idah, ia boleh nikah semula dengan UMNO.
Nikah yang mula-mula dulu UMNO janji nak ikut Islam macam janji semua bukan Islam yang hendak nikah dengan orang Islam. Walau pun UMNO itu berbaju Islam, orang Islamlah ertinya, tetapi ia berjanji pada PAS macam orang bukan Islam buat sebelum mereka dinikahkan dengan orang Islam.
Adakah ia tunai janji itu? Ia buatlah sikit-sikit. Tetapi ia macam suami yang bacul .Kerana PAS yang jadi isteri desak jangan jadi laki yang bacul, ia cari jalan ceraikan PAS.
Sekarang ia ajak PAS nikah semula kerana DAP pada persepsinya tidak akan setuju dengan perjuangan Islam. Tetapi adakah UMNO lebih baik dari DAP dalam melaksanakan Islam secara syumul?
Oleh kerana PAS sudah pernah nikah dengan UMNO, maka ia boleh mendakwa akan kesungguhan UMNO dalam ssegala tindak tanduknya termasuklah dalam pelaksanaan Islam.
Ia kata DAP tidak akan bantu PAS dalam kerja-kerja Islam, tetapi apakah UMNO dalam hal ini lebih baik dari DAP? Baiknya cuma ia solat bila orang solat.
UMNO tidak pernah menyatakan ia menyesal bercerai dengan PAS. Setengah suami yang terlanjur menceraikan isterinya, selalunya mereka segera menyatakan penyesalan bercerai itu. Cepat-cepat ia berusaha rujuk dan minta maaf atas kejadian itu.
Tetapi UMNO tidak pernah menyesal. Ia hanya kata ia sedih PAS tidak mahu berbaik dengannya tetapi memilih untuk berbaik dengan DAP. Tetapi UMNO tidak pernah mengaku bersalah menyebabkan PAS bercerai dengannya.
PAS tidak dilihat seperti orang gila talak, tetapi yang pura-pura gila talak ialah UMNO yang dipimpin Najib.umno ingat boleh nikah dulu nanti boleh bincang dalam kelambu.
...nurshuana...
...nurshuana...








Post a Comment